PERSIDANGAN ASIA TENGGARA MENGENAI KETERJAMINAN MAKANAN DAN KELESTARIAN (SEACOFSS) 2024
Terima kasih kerana menghadiri SEACOFSS 2024. Berikut ialah senarai semak yang akan membantu anda dalam persediaan SEACOFSS 2024. Sila baca dengan teliti.
Arahan Pendaftaran
Anda dikehendaki mendaftar untuk mendapatkan lanyard program beserta tag nama dan beg cenderamata. Pendaftaran boleh dibuat di ruang legar Aras 1, Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
Pembentang:
Kaunter pendaftaran dibuka pada 16 November (Sabtu) pada 2:30 petang – 6:00 petang dan 17 November (Ahad) pada 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi.
Tempat: Foyer Aras 1, Hotel Perdana Kota Bharu
Peserta (Profesional & Pelajar):
Kaunter pendaftaran dibuka pada 17 November (Ahad) bermula jam 8.30 pagi
Tempat: Ruang Legar Dewan Bunga Mas, Hotel Perdana Kota Bharu
Kod Pakaian
Majlis Perasmian:
Formal (berkemeja lengan panjang dan berkasut kulit); atau berpakaian sopan dan menutup aurat (bagi yang beragama Islam)
Pelan Lantai
Untuk senarai lengkap pelan lantai, lawati laman sesawang kami di https://seacofss.com/
Akses ke Tempat
Memandu sendiri:
Tempat meletak kenderaan persendirian boleh didapati di lokasi Hotel Perdana Kota Bharu. Bagi peserta yang menginap di hotel, bayaran meletak kenderaan adalah percuma dengan mengesahkan kad parkir di kaunter menyambut tetamu hotel. Bagi peserta yang tidak menginap juga boleh mengesahkan kad dengan kadar bayaran RM4 per entri. Kadar bayaran asal ialah RM4 per jam.
Pengangkutan awam:
Hotel ini terletak 15 km dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra dan 15 minit berjalan kaki dari Loudwater, hentian bas Jalan Kuala Krai.
Penempahan Bilik
Peserta boleh mendapatkan kadar bayaran prorata (Flat Rate) melalui tempahan dalam talian di pautan di bawah.
Kadar Bayaran Bilik:
Jenis Bilik
Single (1 pax sarapan)
Double (2 pax sarapan)
Deluxe Classic
RM 225.00 Nett
RM 245.00 Nett
Premier Poolview
RM 252.00 Nett
RM 272.00 Nett
Perdana Executive
RM 288.00 Nett
RM 308.00 Nett
Perdana Suite
RM 569.00 Nett
Terma & Syarat:
1. Semua kadar bayaran adalah untuk setiap bilik bagi satu malam sahaja. 2. Kadar bayaran prorata (Flat Rate) ini hanya terhad pada masa yang ditetapkan sahaja. 3. Kod kadar prorata ini hanya terhad kepada 150 peserta untuk persidangan. 4. Kod kadar ini adalah untuk menjamin tempahan dalam tempoh yang dinyatakan. 5. Kategori bilik adalah berdasarkan ketersediaan memandangkan tetamu akan menempah melalui laman pautan yang berbagai.
Kumpulan: YAYASAN STRATEGIK LESTARI Tarikh: 17 - 19 November 2024 Booking Code: YSL24
Sekiranya anda memerlukan bantuan di tapak persidangan, sila hubungi urusetia kami yang berada di Kaunter Pendaftaran.
Jika anda mempunyai pertanyaan lain sebelum acara tersebut, sila hubungi +60 12670 7944.
NOTIS PENTING
Amaran berurusan dengan mana-mana syarikat.
Kami menggesa peserta supaya berhati-hati apabila berurusan dengan syarikat yang meminta anda mengemas kini atau membetulkan data anda dan kemudiannya menuntut bayaran.
Kami ingin memberi jaminan kepada delegasi bahawa kami mengambil serius soal perlindungan data. Untuk mengelakkan sebarang kemungkinan komitmen kewangan yang tidak wajar, sila lihat nota ini dan perkara penting lain untuk anda ambil perhatian.
Sekiranya anda sedang didekati, sila majukan salinan komunikasi ke talian +60 19973 1850.
Kami bersedia menerima kehadiran anda di SEACOFSS 2024!
- Yang Benar, Sekretariat SEACOFSS 2024
Let's Talk
Address
A-2-16, CoPlace 2, Blok 2260,
Jalan Usahawan 1, Cyber 6,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA
Quick Contact
+603-8322 5122
info@seacofss.com
www.seacofss.com
'Nourishing Futures: Sustainable Food Security with Climate-Smart Solutions.’